← Back to list
Malaysia Jangan Hilangkan Hak Penganjuran MotoGP - CEO SIC
Aug 18, 2025
CEO Litar Antarabangsa Sepang mahu Malaysia kekalkan hak penganjuran MotoGP.
Azhan Shafriman Hanif tidak mahu kesilapan seperti menghentikan F1 lapan tahun lalu, berulang lagi.
Tambahnya rundingan dengan pihak berkaitan sedang dilakukan memandangkan kontrak semasa MotoGP tamat tahun depan.
Untuk rekod, Malaysia pernah menjadi tuan rumah F1 dari 1999 hingga 2017 sebelum kontrak ditamatkan akibat kos dan penurunan jualan tiket.
.....
Beralih ke bola sepak, Imigresen FC raih kemenangan sulung musim ini selepas tnewaskan Terengganu FC 2-1 pada aksi pusingan 16 Piala FA.
Pengendali Imigresen FC, Yusri Che Lah berkata sifatkan kejayaan itu sebagai suntikan semangat yang penting buat pasukan baharu Liga Super itu.
Namun dia akui pasukannya perlu tingkatkan prestasi untuk aksi timbal balik bulan depan.
.....
Sementara itu, Negeri Sembilan akan mulakan aksi pertamanya pada pusingan 16 Piala FA berdepan PDRM malam ini.
Ikuti secara langsung aksi NSFC berdepan PDRM bermula 8.30 malam di ASTRO, saluran 803 dan aplikasi Sooka.
.....
Akhir sekali, skuad Harimau Malaya dijadual berdepan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk aksi persahabatan Tier 1 pada 4 September ini.
Skuad bimbingan Peter Cklamovksi itu seterusnya dijangka bertemu Palestin di Stadium Sultan Ibrahim pada 8 September.
Perlawanan ini merupakan persiapan skuad negara sebelum menghadapi aksi Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Laos dan Nepal.
.....
Stadium Astro Segalanya Aksi Sukan. Layari stadiumastro.com untuk perkembangan berita sukan terkini!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi