← Back to list
Virgil van Dijk Muncul Wira The Reds
Sep 18, 2025
Liverpool menang tipis 3-2 ke atas Atletico Madrid pada aksi pembukaan kempen Liga Juara Juara.
Pemain tengah, Virgil van Dijk muncul wira The Reds apabila jaringkan gol kemenangan pada waktu kecederaan.
Aksi lain berkesudahan,
Bayern Munich tewaskan Chelsea 3-1,
Inter milan kalahkan tuan rumah, Ajax 2-0,
Manakala penyandang juara, PSG belasah Atalanta 4-0.
.....
Juara dunia, Chen Tang Jie – Toh Ee Wei akan berdepan pasangan Indonesia pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters China hari ini.
Turut beraksi 8 lagi wakil negara termasuk beregu wanita, Pearly Tan – M. Thinaah dan beregu lelaki, Aaron Chia – Soh Wooi Yik.
Ikuti secara langsung Masters China bermula 9 pagi ini di ASTRO, saluran 815 dan aplikasi Sooka.
.....
Akhir sekali, Persatuan Sukan Orang Pekak Kelantan berkata pihaknya berdepan kekangan dana untuk menyertai Sukan Orang Pekak Malaysia 2025 di Kuching bulan depan.
Pihaknya hanya berjaya mengumpul kira-kira RM34,000 berbanding RM60,000 yang diperlukan untuk kejohanan itu.
Mereka berharap pihak berkaitan termasuk kerajaan negeri dapat membantu supaya atlet yang terbabit dapat beraksi.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi