← Back to list
NSFC Raih Kemenangan Pertama Musim Ini
Aug 19, 2025
Negeri Sembilan enggan dibuai dengan kemenangan besar.
Itu kata-kata pengendali skuad Jang, Nidzam Jamil selepas anak buahnya benam PDRM 5-0 pada aksi pertama pusingan 16 terbaik Piala FA di Paroi malam tadi.
Untuk rekod, ini merupakan kemenangan pertama NSFC musim ini selepas tewas 3-5 kepada JDT pada aksi Liga Super sebelum ini.
Dalam satu lagi aksi, Kelantan The Real Warriors cipta kejutan apabila kalahkan KL City 3-1.
.....
Kerajaan belum buat sebarang keputusan untuk benarkan Litar Antarabangsa Sepang lanjutkan kontrak penganjuran MotoGP.
Menteri Belia dan Sukan berkata perkara tersebut bergantung kepada pengumpulan data terperinci selain pulangan pelaburan sepanjang tempoh penganjurannya.
Terdahulu, CEO Litar Antarabangsa Sepang berharap agar dapat melanjutkan kontrak penganjuran MotoGP.
Jelasnya ini untuk mengelakkan kesilapan melepaskan hak penganjuran perlumbaan F1 sebelum ini daripada berulang kerana ianya sukar untuk mendapatkannya semula.
.....
Inter Milan dilapor sedang pertimbang untuk membawa kembali penjaga gol Manchester United, Andre Onana ke kelab Serie A itu.
Menurut laporan, masa depan Onana di Old Trafford jadi tanda tanya susulan United luah hasrat untuk dapatkan penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma.
.....
Akhir sekali, Leeds tewaskan Everton 1-0 pada aksi tunggal EPL awal pagi tadi.
Gol kemenangan Leeds hadir 6 minit sebelum perlawanan tamat menerusi sepakan penalti.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi