← Back to list
Kejohanan Badminton Dunia: Persediaan Arif Junaidi terjejas
Aug 19, 2025
Ketua jurulatih beregu lelaki negara berharap Arif Junaidi kembali cergas sepenuhnya menjelang Kejohanan Badminton Dunia, minggu depan.
Pemain beregu lelaki yang bergandingan bersama Yap Roy King itu terlepas latihan semalam ekoran masih alami masalah kesihatan.
Untuk rekod, Arif Junaidi-Yap Roy King antara empat beregu lelaki yang akan menggalas cabaran Malaysia pada kejohanan berkenaan.
__
Pengendali Negeri Sembilan gesa anak buahnya terus fokus pamer prestasi konsisten.
Nidzam Jamil berkata demikian selepas skuad Jang belasah PDRM 5-0 pada aksi pertama pusingan 16 terbaik Piala FA, malam tadi.
Tegas Nidzam, perjalanan mereka musim ini masih panjang dan memerlukan banyak masa untuk berada pada tahap terbaik.
__
Dan, pemain tengah Real Madrid, Eduardo Camavinga dijangka terlepas aksi La Liga berdepan Osasuna, awal pagi esok.
Ia susulan Camavinga direhatkan ekoran alami kecederaan.
Ikuti aksi antara Real Madrid dan Osasuna secara langsung bermula 3 pagi nanti di Astro, saluran 820 dan aplikasi Sooka!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi