← Back to list
Harimau Malaya Di Tangga Ke-116 Dunia
Nov 20, 2025
Harimau Malaya kini berada di ranking ke-116 dunia.
Ini menyaksikan skuad kendalian Peter Cklamovski itu naik dua anak tangga berbanding kedudukan ke-118 pada kemas kini ranking FIFA sebelum ini.
Untuk rekod, kedudukan Malaysia itu susulan kejayaan menundukkan Nepal 1-0 pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027 baru-baru ini.
.....
Dalam perkembangan lain, Menteri Belia dan Sukan dijangka menjawab semua persoalan berkaitan isu 7 pemain warisan Harimau Malaya di Parlimen hari ini.
Hannah Yeoh turut berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada Kementerian Dalam Negeri untuk melakukan sebarang siasatan.
Sebelum ini FIFA minta pihak berkuasa daripada negara terlibat termasuk Malaysia untuk siasat isu pemain terlibat susulan dianggap jenayah antarabangsa.
.....
7 wakil negara akan beraksi pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Australia hari ini.
Ini termasuk beregu campuran, Chen Tang Jie – Toh Ee Wei dan beregu lelaki, Goh Sze Fei – Nur Izzuddin dengan masing-masing akan berdepan wakil Chinese Taipei.
Ikuti secara langsung Terbuka Australia bermula 9 pagi ini di ASTRO, saluran 815 dan aplikasi Sooka.
.....
Akhir sekali, pemain Maghribi dan PSG, Achraf Hakimi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Afrika 2025 menewaskan Mohamed Salah dan Victor Osimhen.
Untuk rekod, Achraf membantu PSG merangkul liga Perancis dan trofi Liga Juara-Juara pertama mereka.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi