← Back to list
Selangor Seri 1 Sama Dengan Buriram United
Aug 21, 2025
Selangor mulakan kempen Kejuaraan Kelab ASEAN dengan keputusan positif.
Skuad The Red Giants raih 1 mata berharga apabila seri 1 sama dengan juara bertahan, Buriram United pada aksi pertama Kumpulan A malam tadi.
Selangor seterusnya dijadual berdepan kelab Singapura, Tampines Rovers (TEMPENIS) pada aksi kedua, bulan depan.
.....
Sementara itu, JDT akan mulakan saingan Kumpulan B Kejohanan Kelab ASEAN berdepan Lion City Sailors petang ini.
Ikuti secara langsung aksi berkenaan bermula 5.00 petang di ASTRO, saluran 803 dan aplikasi Sooka.
......
Dalam perkembangan lain, KL City terpaksa melupakan khidmat pemain pinjaman dari JDT, Manuel Hidalgo selepas hampir sebulan bersama.
Ini berikutan pemain berusia 26 tahun itu dipanggil kembali menyertai skuad Harimau Selatan berkuat kuasa serta-merta.
.....
Liverpool dilapor akan buat bidaan 130 juta pound untuk penyerang Newcastle, Alexander Isak.
Sebelum ini Newcastle telah tolak tawaran 110 juta pound daripada The Reds.
.....
Akhir sekali, Arsenal dijangka mendapatkan khidmat Eberechi Eze dari Crystal Palace dengan nilai sekitar 68 juta pound.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi