← Back to list
FAM, JDT & Selangor FC Didenda AFC
Nov 21, 2025
Situasi bola sepak Malaysia terus mendapat tumpuan.
Ini selepas AFC mengambil tindakan disiplin terhadap FAM, JDT dan Selangor FC susulan pelanggaran peraturan dalam pertandingan peringkat Asia.
FAM dikenakan denda lebih RM7,000 selepas lewat mulakan aksi separuh masa kedua kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos pada 14 Oktober lalu di Bukit Jalil.
JDT pula didenda lebih RM20,000 kerana gagal menyediakan ‘Clean Stadium’ di tapak latihan rasmi menjelang aksi ACLE menentang Machida Zelvia pada 30 September lepas.
Manakala Selangor didenda lebih RM5,000 apabila lewat mulakan aksi separuh masa kedua ACL2 menentang Persib Bandung pada 23 Oktober lalu.
Ini menyaksikan FAM, JDT dan Selangor perlu menjelaskan denda masing-masing dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan yang dimaklumkan AFC.
.....
Dalam perkembangan lain, Kementerian Belia dan Sukan cadang pembekuan sementara dana tambahan kepada pasukan kebangsaan susulan isu pemain warisan.
Menterinya, Hannah Yeoh turut tegaskan permohonan naturalisasi pada masa depan mesti melalui tapisan MSN untuk pastikan keperluan dan ketelusan proses.
Jelasnya, KBS akan mulakan langkah awal berkenaan sementara siasatan penuh terhadap kes pemalsuan dokumen 7 pemain warisan Harimau Malaya dijalankan.
.....
Akhir sekali, 3 wakil negara akan meneruskan cabaran pada suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Australia hari ini.
Mereka ialah dua beregu lelaki, Goh Sze Fei – Nur Izzuddin dan Man Wei Chong – Tee Kai Wun serta beregu campuran, Chen Tang Jie – Toh Ee Wei.
Ikuti secara langsung Terbuka Australia bermula 9 pagi ini di ASTRO, saluran 815 dan aplikasi Sooka.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi