← Back to list
PDRM minta Yew Sin buat laporan susulan ugutan
Jan 22, 2026
BAM memandang serius isu ugutan dan ancaman dalam talian diterima pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin.
Setiausaha Agungnya berkata pendirian tegas itu terpakai tanpa mengira status pemain, khususnya apabila ia membabitkan unsur keganasan dan keselamatan diri atlet.
Kenny Goh turut percaya MCMC berada pada kedudukan terbaik untuk tangani ugutan dalam talian serta penyalahgunaan platform digital yang semakin berleluasa.
__
Sementara itu, PDRM menyarankan Yew Sin tampil buat laporan selepas menerima ugutan dan ancaman dalam talian susulan prestasi hambar dialaminya bersama pasangannya, Teo Ee Yi.
__
Menteri Belia dan Sukan, Taufiq Johari maklumkan kerajaan memperuntukkan RM12 juta bagi program Road to Gold tahun ini.
__
Dan, Manchester United beri masa kepada Bruno Fernandes hingga sebelum saingan Piala Dunia, untuk memutuskan sama ada kapten pasukan itu ingin lanjutkan atau tidak kontrak hingga 2028.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi