← Back to list
Liga Super: Badrul Afzan tuntut Terengganu cipta kemenangan bagi pulih keyakinan
Aug 22, 2025
Pengendali Terengganu tuntut anak buahnya cipta kemenangan ke atas Brunei DPMM FC pada aksi Liga Super, malam ini.
Badrul Afzan Razali berkata ia bagi memulihkan keyakinan pasukan selepas tewas 2-1 kepada Imigresen FC pada aksi Piala FA, hujung minggu lalu.
Bagaimanapun, beliau masih optimis kerana prestasi skuad kendaliannya yang masih belum catat kekalahan dalam dua perlawanan liga setakat ini.
Saksikan DPMM FC lawan Terengganu secara langsung bermula 7:30 malam ini di Astro Arena Bola, saluran 803 dan aplikasi Sooka!
__
JDT mampu jaringkan lebih banyak gol apabila menang 3-1 ke atas Lion City Sailors pada aksi Kejuaraan Kelab ASEAN.
Tonggak serangannya, Joao Figueiredo berkata demikian selain berharap dia dapat bantu skuad Harimau Selatan mara lebih jauh pada saingan kali ini.
Untuk rekod, Figueiredo jaringkan dua gol pada babak pertama sebelum Arif Aiman jaringkan gol ketiga JDT pada waktu kecederaan.
__
Dan, atlet 100 meter pekak kebangsaan, Zamir Azman rangkul kejuaraan dalam acara yang dipertandingkan dalam Sukan SEA Pekak di Indonesia.
Pelari itu turut memecahkan rekod temasya sekali gus memadam catatan Nur Shahdan yang dilakukan di Kuala Lumpur pada 2022.
Untuk rekod, Malaysia sudah mengutip tiga pingat emas setakat ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi