← Back to list
Aaron-Wooi Yik akan kembali ke gelanggang
Sep 24, 2024
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan kembali ke gelanggang pada Terbuka Finland bermula awal bulan depan diikuti Terbuka Denmark pada minggu berikutnya.
Sebelum ini, gandingan ranking kelima dunia itu terlepas beberapa kejohanan selepas pulang dari Sukan Olimpik Paris, Ogos lalu.
Ia susulan Wooi Yik dibelenggu kecederaan retak jari kaki ketika beraksi pada saingan separuh akhir temasya berprestij berkenaan.
__
Pasukan Sukan Tarian Negara sekali lagi cipta sensasi selepas merangkul dua emas pada saingan Terbuka London 2024.
Terdahulu, wakil negara turut membawa pulang dua emas di Festival Sukan Tarian 2024 di Jerman, Jun lalu.
__
Dan pengendali Terengganu jangkakan anak buahnya bakal berdepan tugas sukar apabila berdepan kelab Vietnam pada saingan Kejuaraan Kelab Asia Tenggara, malam esok.
Jelas Tomislav Steinbruckner, ia susulan aksi cemerlang dipamerkan pasukan lawan pada aksi pertama selain kualiti yang ada dalam kalangan pemainnya.
Susulan itu, Tomislav tuntut skuad Penyu menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk melakar kemenangan pertama.
Sementara itu, Shahrul Nizam Ros Hasni dan Nelson Bonilla dijangka bakal terlepas aksi malam esok ekoran alami kecederaan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi