← Back to list
Kelantan hampiri penyingkiran ke Liga Perdana
Jul 21, 2018
Kelantan hampiri penyingkiran ke Liga Perdana

Foto - JohorSouthernTigers
Hasrat Kelantan untuk kekal bersaing dalam Liga Super musim depan kian kabur apabila dibenam JDT 4-0 di Larkin, semalam.
Kekalahan itu menyaksikan skuad The Red Warriors terus kekal dalam zon penyingkiran, berbaki dua perlawanan.
Biarpun dibezakan 6 mata dengan Kuala Lumpur di tangga ke-10, peluang Kelantan tampak sukar ekoran perbezaan jumlah jaringan.
Serangan penyokong Garuda, AFC belum terima laporan AFF

Konfederasi Bolasepak Asia belum terima laporan insiden serangan penonton ke atas skuad bawah 19 tahun Malaysia di Surabaya, minggu lepas.
Jelas AFC, pihaknya memahami situasi itu dan akan memberi masa yang secukupnya kepada AFF untuk menyediakan laporan.
Insiden berlaku selepas pasukan tuan rumah, Indonesia tewas kepada Malaysia pada aksi separuh akhir Kejohanan AFF bawah 19.
Tiket percuma untuk penyokong JDT!

Foto - mStarOnline
Penyokong JDT berpeluang dapatkan tiket perlawanan Piala Juara Juara Antarabangsa 2018 di Singapura secara percuma!
Menurut Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, pemberian itu adalah sebagai penghargaan kepada penyokong setia Harimau Selatan.
Penyokong boleh dapatkannya di kaunter tiket Stadium Larkin beserta salinan passport bermula pukul 10 pagi esok berdasarkan konsep yang dahulu diutamakan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi