← Back to list
Sukan SEA : Sasaran 200 Pingat Semakin Hampir
Dec 18, 2025
Sukan SEA : Sasaran 200 Pingat Semakin Hampir
Tamat hari ke 8 sukan SEA Thailand, Malaysia duduki tangga ke-5 kutipan pingat dengan 41 emas, 45 perak dan 106 gangsa.
Ini bermakna kontinjen negara hanya perlukan 8 lagi pingat untuk capai sasaran 200 pingat pada edisi kali ini.
Ia mungkin dapat dicapai hari ini antaranya menerusi aksi penentuan tempat ketiga bagi acara bola sepak lelaki, acara terjun dan hoki.
Semalam, 11 lagi pingat emas berjaya diraih menerusi e-sukan, bola jaring, pencak silat, muay thai, squasy, kriket dan menembak.
Ia sekaligus melepasi kutipan pingat emas yang dicatatkan pada edisi 2023 di Kemboja iaitu 34.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi