Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

berita sukan zayan

← Back to list

JDT Mara Ke Final Piala FA Kali Ke-4 Berturut-Turut

Dec 01, 2025


JDT tepati ramalan mara ke final Piala FA buat kali keempat berturut-turut. 

Ini selepas skuad Harimau Selatan itu tewaskan Kuching City 2-0 pada aksi kedua separuh akhir malam tadi sekali gus mara dengan agregat 4-1. 

Dalam satu lagi aksi, Sabah tewaskan Selangor 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 5 sama secara agregat. 

Kali terakhir skuad Badak mara ke final Piala FA ialah pada 1998 yang menyaksikan mereka tewas 0-1 kepada Johor. 

..... 

Beralih ke Liga Super, KL City naik ke tangga kedua liga selepas benam Melaka FC 3-0 di Stadium Hang Jebat malam tadi. 

..... 

Malaysia tewas 0-4 kepada Vietnam pada aksi terakhir Kumpulan C kelayakan Piala Asia Bawah 17 Tahun 2026. 

Kekalahan itu meletakkan skuad bawah 16 tahun negara di tempat kedua kumpulan sekali gus gagal mara ke kejohanan itu tahun depan. 

..... 

Skuad hoki lelaki negara tamatkan kempen Piala Sultan Azlan Shah di tempat ke-4 selepas tewas 1-6 kepada New Zealand pada aksi penentuan tempat ke-3 dan ke-4. 

..... 

Akhir sekali, Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk tewaskan Crystal Palace 2-1 pada aksi EPL. 

Keputusan itu menamatkan kemarau tiga perlawanan tanpa kemenangan United sekali gus kembali ke kelompok enam teratas EPL. 

Aksi lain berkesudahan, 

Liverpool tewaskan West Ham 2-0, 

Chelsea seri 1 sama dengan Arsenal, 

Aston Villa kalahkan Wolves 1-0, 

Manakala Brighton tundukkan Nottingham Forest 2-0. 


Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!

Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!

Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:

Hari Minggu

7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang

Hujung Minggu

8 pagi, 9 pagi, 10 pagi
Ads With Us Ads With Us Ads With Us