← Back to list
Newcastle tolak tawaran pembukaan Liverpool untuk Alexander Isak
Aug 02, 2025
Teka-teki masa depan Alexander Isak masih belum terjawab.
Ini susulan Newcastle dilapor tolak tawaran pembukaan Liverpool bernilai 110 juta pound untuk mendapatkan Isak.
Kelab itu dikatakan bersedia melepaskan pemain kelahiran Sweden itu hanya jika terima tawaran sekitar 150 juta pound.
Sebelum ini Liverpool didakwa masih berminat untuk mendapatkan Isak meskipun telah menandatangani Hugo Ekitike dari Eintracht Frankfurt.
.....
Alejandro Garnacho dari Manchester United dilapor mahu berhijrah ke Chelsea jika meninggalkan Old Trafford musim panas ini.
Ini berikutan pemain Argentina itu diketepikan daripada menyertai aksi pramusim The Red Devils di Amerika Syarikat.
.....
Beralih ke bola sepak tempatan, JDT belasah kelab Singapura, Hougang United 12-0 pada aksi persahabatan antarabangsa.
.....
Akhir sekali, pemain perseorangan lelaki, Justin Hoh akan memulakan aksi separuh akhir Badminton Terbuka Macau hari ini.
Turut akan beraksi ialah 4 lagi wakil negara termasuk beregu campuran, Chen Tang Jie – Toh Ee Wei yang akan berdepan pasangan dari Denmark.
Ikuti secara langsung Terbuka Macau bermula 12 tengah hari di ASTRO, saluran 815 dan aplikasi Sooka.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi