← Back to list
Skuad B-23 Negara Berdepan Isu Kesediaan Hadapi Sukan SEA
Dec 02, 2025
Skuad bola sepak Bawah 23 Tahun negara mungkin kekurangan 7 pemain untuk harungi Sukan SEA Thailand 2025.
Pengendalinya, Nafuzi Zain berkata kesemua mereka mempunyai komitmen bersama pasukan Liga Super sekali gus menyukarkannya untuk mempersiapkan pemain.
Nafuzi berharap kelab terlibat dapat melepaskan pemain untuk pastikan skuad negara miliki kualiti yang mencukupi untuk saingan Sukan SEA.
Untuk rekod, Malaysia dijadual berdepan Laos pada aksi pembukaan Sabtu ini.
.....
Dalam pada itu, Persekutuan Sukan Boules Malaysia sasarkan 4 pingat tanpa mengira warna untuk skuad petanque negara pada Sukan SEA Thailand.
Bagaimanapun pihaknya berharap atlet petanque dapat raih sekurang-kurangnya satu emas daripada keseluruhan 11 acara yang dipertandingkan.
Tambahnya, pemburuan emas itu dijangka lebih mudah selepas Kemboja tarik diri daripada kejohanan tersebut sekali gus beri peluang lebih tinggi kepada atlet Malaysia.
....
Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari mara ke pusingan kedua Terbuka Hong Kong selepas menewaskan pemain dari England.
Sementara itu, rakan senegaranya, Rachel Arnold terkandas selepas tewas pada pusingan pertama.
.....
Akhir sekali, anak kepada bekas pertahanan Brazil, Thiago Silva menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama Chelsea.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi