← Back to list
Pandelela terlepas slot final Piala Dunia di Mexico
Apr 04, 2025
Datuk Pandelela Rinong terlepas slot final 10 meter platform individu wanita pada kejohanan Piala Dunia Terjun 2025 di Mexico.
Ini selepas ratu terjun negara itu menamatkan saingan di tempat ke-13 pada pusingan kelayakan.
Hanya 12 penerjun sahaja yang layak ke peringkat akhir.
__
Juara Piala Dunia Ragbi dua kali, Sonny Bill Williams sah dilantik sebagai Duta Sukan Johor.
Terdahulu, Tunku Mahkota Ismail turut umumkan pelantikan beberapa ikon sukan termasuk Datuk Lee Chong Wei.
__
Dan, BAM enggan mengulas lanjut spekulasi Pearly Tan-M Thinaah yang dikatakan mahu meninggalkan badan induk berkenaan.
Ketua jurulatih beregu wanita berkata gandingan itu kini fokus dalam membuat persiapan rapi terutama menjelang Kejohanan Badminton Asia di China.
Terdahulu, Pearly Tan-M Thinaah dikatakan mahu meninggalkan badan induk berkenaan susulan dalam perbincangan dengan penaja luar sekali gus bergelar pemain profesional.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi