← Back to list
Kejuaraan Kelab ASEAN: JDT intai muncul juara kumpulan
Feb 05, 2026
JDT buru tiga mata penuh berdepan kelab Vietnam, Nam Dinh FC pada aksi terakhir kumpulan Kejuaraan Kelab ASEAN, malam ini.
Biarpun keputusan seri memadai buat skuad Harimau Selatan teruskan kemaraan, namun pengendali Xisco Munoz tuntut anak buahnya menamatkan saingan selaku juara kumpulan.
JDT kini menghuni tangga kedua dengan 10 mata, ketinggalan dua mata dengan pendahulu Nam Dinh.
Saksikan perlawanan itu secara langsung bermula 8 malam ini di Astro Arena Bola, saluran 803 dan aplikasi Sooka!
__
Bintang Selangor, Faisal Halim bersyukur kebangkitannya memainkan peranan penting dalam membantu pasukan melangkah ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN.
Aksi berkesudahan, Mickey jaringkan gol tunggal memastikan Selangor mengikat BG Pathum United 1-1.
Jaringan pada aksi ACC itu juga menjadi gol ketujuhnya dalam lima perlawanan berturut-turut, selain keseluruhan 19 gol dicatatkan dalam semua saingan musim ini.
__
Dan, sembilan penyokong Selangor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu susulan insiden membakar suar di Jambatan Angkat, Ahad lalu.
Seorang penyokong mengaku tidak bersalah kerana mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap seorang pegawai polis.
Manakala, lapan lagi penyokong didenda masing-masing antara RM2,800 hingga RM3,200 selepas mengaku bersalah memiliki suar tanpa lesen sah.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi