← Back to list
FAM pecat PFA!
Sep 05, 2025
Olahraga Malaysia (MA) akan tubuh jawatankuasa bagi siasat isu ganjaran wang tunai didakwa tidak dibayar kepada beberapa legenda olahraga negara sejak beberapa dekad lalu.
Ia ekoran pendedahan sejumlah atlet kebangsaan termasuk pemenang Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan dari 1966 hingga 1982 tidak terima ganjaran tunai seperti dijanjikan.
Jawatankuasa khas itu akan dibentuk bersama KBS dan MSN bermatlamat sahkan senarai atlet terbabit, menjejaki rekod kewangan dan menilai semula nilai semasa ganjaran berkenaan.
---
Malaysia kekalkan rekod tanpa kalah di bawah kendalian Peter Cklamovski selepas tewaskan Singapura 2-1 pada aksi persahabatan malam tadi.
Isnin nanti Harimau Malaya akan bertemu Palestin pula, dalam satu lagi aksi persahabatan antarabangsa.
---
FAM pecat Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) sebagai ahli gabungan.
Ia ekoran PFA masih gagal lunas bayaran gaji dan pampasan kepada bekas Pengarah Bolasepaknya Matthew Mark Holland dalam tempoh 6 bulan yang ditetapkan FIFA.
---
FIFA mengumumkan pusingan pertama jualan tiket Piala Dunia 2026 akan dibuka pada Rabu depan.
Harga tiket yang ditawarkan adalah dari serendah kira-kira RM253 untuk perlawanan peringkat kumpulan.
Harganya akan berubah mengikut permintaan dengan tiket final dijual sehingga mencecah RM28,000.
---
Jerman tewas mengejut 0-2 kepada Slovakia dalam perlawanan pembukaan mereka bagi aksi kelayakan Piala Dunia.
Sementara itu Turkiye kalahkah Georgia 3-2, Spain belasah Bulgaria 3-0 dan Belanda seri 1 sama dengan Poland.
---
Hasrat pasukan hoki lelaki kebangsaan untuk mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Piala Asia 2025 lebih awal tidak kesampaian.
Ini selepas Speedy Tigers tewas 1-4 kepada tuan rumah, India pada aksi Super 4.
Susulan itu persaingan untuk ke perlawanan akhir kembali terbuka dengan India mendahului saingan.
Malaysia dapat rehat sehari hari ini sebelum buat perhitungan menentang Korea Selatan bagi aksi terakhir Super 4 esok
---
KL Thunder kini berada di dudukan teratas kumpulan B, STL Champions Cup 2025 selepas tumpaskan Japan Sepak Takraw 2-0.
Melaka Titans pula raih 2 mata setelah menang ke pasukan Korea Selatan, KSTA Goyang Team.
Saksikan aksi STL Champions Cup 2025 secara langsung di Astro Arena saluran 801 & aplikasi Sooka.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi