← Back to list
Arsenal Menang Di Prague, Samai Rekod 122 Tahun
Nov 05, 2025
Arsenal benam Slavia Prague 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara pagi tadi.
Keputusan itu menyaksikan The Gunners mencatat kemenangan ke-10 berturut-turutnya dalam semua kejohanan.
Skuad kendalian Mikel Arteta juga merekodkan 8 perlawanan tanpa bolos berturut-turut musim ini sekali gus menyamai rekod kelab itu yang dicipta 122 tahun lalu.
Antara keputusan lain,
Liverpool tundukkan Real Madrid 1-0,
Tottenham belasah Copenhagen 4-0,
Bayern Munich kalahkan PSG 2-1,
Manakala Juventus seri 1 sama dengan Sporting.
.....
Legenda bola sepak England, David Beckham terima gelaran ‘Sir’ selepas dikurniakan Darjah Kesatria oleh Raja Charles.
Anugerah itu diberikan sebagai pengiktirafan kepada sumbangan bekas kapten England itu dalam sukan dan kerja amal.
.....
Beralih ke bola sepak tempatan, JDT buru kemenangan apabila berdepan Shanghai Shenhua pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit malam ini.
Pengendalinya, Xisco Munoz berkata momentum skuad Harimau Selatan berada dalam keadaan positif ketika ini untuk raih 3 mata penuh.
Ikuti secara langsung aksi ACL Elit berkenaan bermula 7.30 malam ini di ASTRO, saluran 803 dan aplikasi Sooka.
.....
Akhir sekali, 13 wakil negara akan beraksi pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters Korea hari ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi