← Back to list
Sukan SEA: BAM arah post mortem segera
Dec 11, 2025
BAM telah mengarahkan pengarah kejurulatihan kebangsaan iaitu Kenneth Jonassen dan Rexy Mainaky menjalankan post mortem segera.
Ia bagi mengenal pasti punca aksi longlai skuad badminton lelaki negara pada final acara berpasukan Sukan SEA Thailand.
Malaysia sekali lagi kempunan pingat emas selepas tewas 0-3 kepada Indonesia pada perlawanan akhir semalam.
Kali terakhir Malaysia raih pingat emas adalah pada edisi 2005 di Filipina.
Sementara itu acara badminton individu telah bermula hari ini.
Setakat ini, Justin Hoh, Leong Jun Hao, K. Letshana dan Wong Ling CHing sudah mara ke suku akhir acara masing-masing.
Dalam perkembangan lain di Sukan SEA Thailand, Malaysia terus menambah jumlah pingat hari ini apabila gimnas, Rachel Yeoh rangkul emas dalam acara palang bertingkat wanita.
Skuad karate pula memenangi pingat perak dalam acara kata berpasukan lelaki.
Malaysia juga memenangi perak dalam Taekwondo menerusi Syafiq Zuber dalam acara kyorugi bawah 87 kilogram.
Sebelum itu, Malaysia sudah memperoleh perak dalam acara cross country eliminator menerusi pelumba berbasikal bukit, Zulfikri Zulkifli.
Tonton secara langsung SUKAN SEA Thailand di Astro saluran 801 dan 802 serta aplikasi Sooka.
---
JDT bakal bawa masuk 3 muka baru pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia yang akan membuka tirainya bulan depan.
Kelab itu juga memaklumkan beberapa pemain import sedia ada bakal dipinjamkan ke pasukan lain.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi