← Back to list
Farah Ain Atlet Terbaik, Bonnie Atlet Para Terbaik Anugerah SAM 2024
Jul 14, 2025
Ratu boling padang negara, Nur Farah Ain Abdullah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Atlet Terbaik pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia.
Sementara itu, atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin raih Anugerah Atlet Para Terbaik 2024 – gelaran ketiganya sejak diperkenalkan pada edisi 2017.
__
Pemain beregu campuran profesional negara, Lai Pei Jing bakal ke Perancis menjelang Kejohanan Badminton Dunia di Paris, Ogos depan.
Pei Jing yang kini bergandingan dengan Jimmy Wong akan membantu skuad negara itu sebagai rakan sepelatih.
__
Nafuzi Zain optimis skuad negara sedia melakar sejarah baharu pada Piala Asean B-23 yang akan bermula esok di Jakarta.
Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun negara itu juga tuntut barisan pemain kekal fokus agar sasaran untuk mara sekurangnya ke separuh akhir dapat dicapai.
Untuk rekod, skuad negara tidak pernah bergelar juara sejak dianjurkan buat kali pertama pada 2005 dengan pencapaian terbaik di kedudukan keempat pada edisi sulung dan 2023.
__
Dan, pengendali PSG, Luis Enrique boleh dikenakan hukuman daripada FIFA susulan terlibat dalam pergaduhan ketika aksi final Piala Dunia Kelab.
Pagi tadi berlaku pergelutan antara Enrique dan Joao Pedro selain dia dituduh menolak tonggak Chelsea terbabit semasa pertengkaran itu.
Aksi final Piala Dunia Kelab berkesudahan, PSG tewas 0-3 kepada Chelsea.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi