← Back to list
Satu penghormatan berdepan Buriram United - Kinoshi
Aug 20, 2025
Selangor sedia hadapi cabaran juara bertahan Buriram United pada aksi pertama Kumpulan A Kejuaraan Kelab ASEAN, malam ini.
Pengendali skuad The Red Giants, Katsuhito Kinoshi akui kekuatan dimiliki juara bertahan itu selain menganggap ia sebagai penghormatan untuk berdepan skuad Thunder Castle.
Sementara itu, lima pemain yang pernah beraksi dalam Liga Thailand menjadi sandaran Selangor antaranya Willian Lira dan Alvis Fortes.
Saksikan Buriram United lawan Selangor secara langsung bermula 7:30 malam ini di Astro Arena Bola, saluran 803 dan aplikasi Sooka!
__
Pemain warisan Harimau Malaya, Facundo Garces tampil menjelaskan kekeliruan mengenai asal usulnya selepas satu temu bual bersama portal Sepanyol.
Menurut Garces, kenyataan tular sebelum ini hanyalah berpunca daripada kesilapan transkripsi dan menegaskan dia memang memiliki pertalian darah Malaysia melalui datuk dan neneknya.
__
Dan, Litar Antarabangsa Sepang komited memastikan penganjuran perlumbaan MotoGP kekal biarpun kontrak semasa dijadual berakhir pada tahun 2026.
Jaminan itu dibuat SIC bagi meredakan kebimbangan peminat sukan permotoran negara mengenai pembaharuan kontrak.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi