← Back to list
Isu Pemain Warisan: 2 Individu Disyaki Terlibat Kes Pemalsuan Dokumen
Jan 22, 2026
2 individu disyaki terlibat dalam kes pemalsuan dokumen 7 pemain warisan Harimau Malaya.
Bukit Aman berkata pihaknya sudah kenal pasti perkara itu dan kedua-dua individu terbabit kini giat dikesan untuk bantu siasatan lanjut.
Tambahnya, siasatan kini menjurus kepada elemen penipuan dan pemalsuan dokumen semasa proses pendaftaran pemain terbabit kepada FIFA.
.....
Selangor Red Giants layakkan diri ke final Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang M7 selepas tewaskan wakil Turkiye semalam.
SRG seterusnya akan bertemu pasukan dari Filipina untuk aksi final nanti.
.....
9 wakil negara termasuk beregu wanita, Pearly Tan – M. Thinaah akan beraksi pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters Indonesia hari ini.
Ikuti secara langsung Masters Indonesia bermula 10 pagi ini, di ASTRO saluran 815 dan aplikasi Sooka.
.....
Akhir sekali, antara aksi Liga Juara-Juara awal pagi tadi berkesudahan,
Liverpool tewaskan tuan rumah, Marseille 3-0,
Chelsea kalahkan Pafos 1-0,
Newcastle tundukkan PSV Eindhoven 3-0,
Barcelona tewaskan tuan rumah, Slavia Prague 4-2,
Manakala Juventus menang 2-0 ke atas Benfica.
Dengan keputusan itu, Liverpool, Newcastle dan Chelsea naik ke kelompok 8 terbaik kumpulan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi