← Back to list
JDT Kukuhkan Kedudukan Di Persada Liga Super
Nov 22, 2025
JDT belasah Melaka FC 7-1 pada aksi Liga Super malam tadi.
Bergson da Silva, Heberty Fernandes dan Teto Martin masing-masing menjaringkan 2 gol pada perlawanan tersebut.
Ini sekali gus membolehkan JDT mengukuhkan kedudukannya di puncak liga dengan rekod kemenangan 100 peratus selepas 10 perlawanan.
.....
Beregu lelaki, Goh Sze Fei – Nur Izzuddin akan membuka saingan negara pada separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Australia hari ini.
Turut akan beraksi ialah beregu campuran, Chen Tang Jie – Toh Ee Wei yang dijadual berdepan pasangan dari Thailand.
Ikuti secara langsung Terbuka Australia sekarang di ASTRO, saluran 815 dan aplikasi Sooka.
.....
Malaysia raih emas pertama pada Deaflympics Tokyo 2025 selepas gandingan Syabil Azam Syamsul Azam – Ho Choon Seong menjuarai acara boling beregu lelaki.
Terdahulu, beregu campuran, Edmund Teo – Boon Wei Ying menyumbangkan pingat pertama negara pada kejohanan itu apabila raih pingat gangsa menerusi acara badminton.
.....
Akhir sekali, Arsenal kehilangan tonggak pertahanan, Gabriel yang bakal berehat beberapa minggu akibat kecederaan paha ketika beraksi bersama Brazil.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi