← Back to list
FAM akur ranking Harimau Malaya merudum
Dec 23, 2025
FAM akur dengan kemas kini terbaharu ranking FIFA.
Ia menyaksikan skuad Harimau Malaya tergelincir lima anak tangga sekali gus terkeluar daripada kelompok 120 terbaik dunia.
Ranking skuad kendalian Peter Cklamovski merudum susulan pemotongan mata berikutan hukuman dijatuhkan oleh FIFA.
FAM kini berharap proses rayuan di Mahkamah Tinggi Tara Sukan mampu memberi sinar baharu kepada masa depan bola sepak negara.
__
Ubaidullah Shamsul Fazili kembali perkuatkan Terengganu apabila pasukan itu melayan kunjungan Sabah pada aksi Liga Super, malam ini.
Ubai sebelum ini menyarung jersi skuad negara selaku kapten pasukan bagi hadapi kempen Sukan SEA Thailand.
Saksikan Terengganu lawan Sabah secara langsung bermula 8:30 malam ini di Astro Arena Bola, saluran 803 dan aplikasi Sooka!
__
Dan, bintang Brazil Neymar menjalani pembedahan pada lutut kiri dan dijangka memerlukan tempoh pemulihan sekitar sebulan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi