← Back to list
Arsenal Mara Ke Separuh Akhir Piala EFL
Dec 24, 2025
Arsenal terpaksa berhempas-pulas untuk layakkan diri ke separuh akhir Piala EFL.
Ini selepas The Gunners tewaskan Crystal Palace 8-7 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1 sama sehingga wisel penamat.
Keputusan itu sekali gus membolehkan skuad kendalian Mikel Arteta itu berdepan Chelsea pada aksi separuh akhir nanti.
.....
Bintang Liverpool, Alexander Isak dijangka terlepas sekurang-kurangnya dua bulan aksi selepas menjalani pembedahan kaki.
Pengendali The Reds, Arne Slot sahkan perkara itu dan turut akui kehilangan sementara pemain itu satu kekecewaan besar buat pasukan.
.....
Senegal mulakan kempen Piala Negara-Negara Afrika dengan kemenangan selepas tewaskan Botswana 3-0 awal pagi tadi.
Aksi lain menyaksikan, Nigeria kalahkan Tanzania 2-1 dan Tunisia tewaskan Uganda 3-1.
.....
Dan beralih ke bola sepak tempatan, aksi Liga Super malam tadi berkesudahan,
Selangor tewaskan PDRM 3-1, Sabah kalahkan Terengganu juga 3-1 dan kelab Brunei, DPMM FC menang 2-0 ke atas Penang.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi