← Back to list
AFC nafi spekulasi Harimau Malaya digantung hingga 2031
Dec 24, 2025
AFC nafi sekeras-kerasnya spekulasi viral babitkan skuad Harimau Malaya digantung sehingga 2031 ekoran kes pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan negara.
Setiausaha Agungnya menegaskan sebarang bentuk hukuman hanya akan dibuat selepas keputusan rayuan FAM di Mahkamah Timbang Tara Sukan diumumkan nanti.
Terdahulu, sebuah portal negara jiran melaporkan AFC akan menarik semula kemenangan diraih Harimau Malaya ketika berdepan Nepal dan Vietnam pada kelayakan Piala Asia 2027.
__
KL City bawa misi merebut kembali kedudukan kedua Liga Super apabila melayan kunjungan Kuching City, malam ini.
Tonggak The City Boys, Kenny Pallraj gesa rakan sepasukannya manfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk menyekat skuad kendalian Aidil Sharin Sahak.
KL City berkongsi 24 mata dengan Kuching selepas 11 perlawanan, namun berada di tempat ketiga kerana jumlah jaringan.
Saksikan KL City lawan Kuching secara langsung bermula 7:30 malam ini di Astro Arena Bola, saluran 803 dan aplikasi Sooka!
__
Dan beralih ke bola sepak antarabangsa,
Manchester United dijangka kehilangan Bruno Fernandes bagi perlawanan derbi berdepan Manchester City bulan depan.
Kapten United itu dijangka terlepas enam perlawanan berturut-turut susulan alami kecederaan ketika tewas 2-1 kepada Aston Villa pada aksi EPL, Ahad lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi