← Back to list
Tiada Rombakan Program RTG - Taufiq Johari
Feb 26, 2026
Program Road To Gold akan diteruskan seperti dirancang tanpa sebarang perubahan struktur atau perancangan.
Menteri Belia dan Sukan berkata setakat ini tiada rombakan dilakukan dan semua aktiviti program terbabit akan berjalan seperti jadual asal.
Tambah Dr Mohammed Taufiq Johari, satu mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan hala tuju serta perancangan program itu.
Kerajaan sebelum ini memperuntukkan RM12 juta bagi pelaksanaan RTG pada tahun 2026.
.....
Beregu campuran, Goh Soon Huat – Shevon Lai akan memulakan tugas negara pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Jerman hari ini.
Turut akan beraksi ialah beregu lelaki, Goh Sze Fei – Nur Izzuddin yang dijadual bertemu rakan senegara, Ong Yew Sin – Teo Ee Yi.
.....
Akhir sekali, Mohamed Salah dijangka kekal bersama Liverpool sehingga kontraknya tamat pada 2027 jika perpindahan musim panas ini tidak menjadi kenyataan.
Menurut sumber, Arab Saudi dilihat satu-satunya destinasi berpotensi sekiranya penyerang dari Mesir itu memilih untuk meninggalkan Anfield.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi