← Back to list
Terengganu Rehatkan Badrul Afzan
Dec 26, 2025
Penolong jurulatih Terengganu, Tengku Hazman Raja Hassan kini dilantik sebagai ketua jurulatih interim skuad Penyu.
Ini selepas Badrul Afzan Razali direhatkan serta-merta susulan prestasi kurang memberangsangkan pasukan itu dalam Liga Super dan Piala FA musim ini.
Pihak pengurusan merakamkan penghargaan kepada Badrul Afzan atas komitmen, sumbangan dan khidmat baktinya sepanjang membimbing Terengganu.
Untuk rekod, Terengganu kini duduki tangga ke-5 liga dan tewas pada peringkat suku akhir saingan Piala FA.
.....
Dalam perkembangan lain, skuad Melaka FC mungkin dirombak jika pasukan itu terus pamer aksi tidak memberangsangkan dalam baki saingan Liga Super musim ini.
Presidennya, Datuk Wira Nur Azmi Ahmad gesa barisan pemain supaya segera bangkit untuk memburu kemenangan sekali gus keluar dari kelompok pasukan bawahan liga.
.....
Polis jalankan siasatan berhubung isu pemalsuan dokumen 7 pemain warisan Harimau Malaya dengan dua individu sudah dipanggil dan dirakam keterangan.
Sebelum ini, FAM memaklumkan telah membuat laporan polis berhubung isu itu dan akan beri kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.
.....
Akhir sekali, Ruben Amorim tidak akan melepaskan mana-mana pemain pada jendela perpindahan Januari ini.
Pengendali Manchester United itu berkata perkara berkenaan hanya akan berlaku sekiranya ada pemain baru yang dibawa masuk.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi