← Back to list
Isu 7 Pemain Warisan: Keputusan CAS Minggu Depan
Feb 27, 2026
Teka-teki masa depan 7 pemain warisan Harimau Malaya bakal terjawab.
Ini selepas sesi pendengaran rayuan berhubung isu pemalsuan dokumen pemain berkenaan di Mahkamah Timbang Tara Sukan sudah selesai semalam.
Keputusan rayuan dijangka dapat diketahui pada minggu depan selepas pihak mahkamah terbabit selesai membuat pertimbangan lanjut.
Sebelum ini, kesemua pemain itu digantung setahun dari sebarang aktiviti berkaitan bola sepak.
......
Datuk Seri Lee Chong Wei bakal anjur Kejohanan Badminton Piala Lee Chong Wei yang akan menawarkan hadiah kemenangan keseluruhan berjumlah RM100,000.
Bagaimanapun legenda badminton negara itu berkata tarikhnya belum dimuktamadkan kerana perlu berbincang dengan BAM bagi mengelakkan pertindihan jadual pertandingan.
.....
Dalam perkembangan lain, 3 wakil negara akan beraksi pada suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jerman hari ini.
Ini termasuk beregu lelaki, Goh Sze Fei – Nur Izzuddin yang dijadual berdepan dengan gandingan dari Chinese Taipei.
......
Crystal Palace menewaskan Zrinjski 2-0 pada aksi play-off kedua Liga Konferens sekali gus mara ke pusingan 16 terbaik dengan agregat 3-1
......
Dan Nottingham Forest tewas 1-2 kepada Fenerbahce pada aksi play-off kedua Liga Europa, namun mereka mara ke pusingan 16 terbaik dengan agregat 4-2.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi