← Back to list
Musim Ini Masih Panjang - Pep Guardiola
Oct 27, 2025
Perjalanan Manchester City musim ini masih panjang.
Itu kata-kata Pep Guardiola selepas pasukannya tewas 0-1 kepada Aston Villa pada aksi Liga Perdana Inggeris.
Pengendali berusia 54 tahun itu yakin Manchester City masih berpeluang mempertahankan kejuaraan dengan fokusnya kini terarah kepada prestasi pasukan.
Untuk rekod, ini merupakan kekalahan pertama skuad The Citizens selepas mengharungi 9 perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan musim ini.
.....
Beralih ke bola sepak tempatan, pengendali sementara Selangor akui lega apabila pasukannya seri tanpa jaringan menentang KL City pada aksi Liga Super malam tadi.
Christophe Gamel berkata satu mata yang diperoleh skuad The Red Giants itu amat berharga memandangkan pasukan lawan berada pada prestasi terbaik
Tambahnya, walaupun tidak berjaya kutip 3 mata penuh, pemain tetap berjaya pamer aksi terbaik untuk ikat KL City yang kini berada di tangga kedua Liga Super.
.....
Akhir sekali, Tun Md Raus Sharif dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bebas berhubung isu dokumentasi 7 pemain warisan Harimau Malaya yang dihukum FIFA.
FAM dalam satu kenyataan berkata pelantikan bekas Ketua Hakim Negara itu adalah untuk memastikan siasatan dijalankan secara adil dan telus.
Untuk rekod, keputusan rayuan FAM terhadap hukuman denda dan penggantungan semua pemain warisan terbabit dijangka diketahui hujung bulan ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi