← Back to list
Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Dengan Kelebihan Agregat
Oct 30, 2025
Hasrat Negeri Sembilan untuk mara ke separuh akhir Piala FA tidak kesampaian.
Meskipun skuad Jang menang 3-2 ke atas Selangor pada aksi timbal balik suku akhir malam tadi, mereka terkandas dengan agregat 3-6.
Dalam satu lagi aksi, Sabah tundukkan Kelantan The Real Warriors 3-1 untuk mara ke separuh akhir dengan agregat 5-2.
Ini sekali gus menyaksikan Selangor, Sabah, JDT dan Kuching City akan bersaing pada peringkat seterusnya untuk buru gelaran Piala FA musim ini.
.....
8 wakil negara termasuk beregu lelaki, Aaron Chia – Soh Wooi Yik akan beraksi pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Hylo di Jerman hari ini.
Ikuti secara langsung Terbuka Hylo bermula 5 petang ini di ASTRO, saluran 815 dan aplikasi Sooka.
.....
Akhir sekali, Liverpool tersingkir daripada saingan Piala EFL selepas tewas 0-3 kepada Crystal Palace pada aksi pusingan 16 terbaik pagi tadi.
Ini sekali gus menyaksikan kekalahan keenam skuad kendalian Arne Slot itu dalam 7 perlawanan terakhirnya.
Aksi lain berkesudahan,
Arsenal tewaskan Brighton 2-0,
Manchester City kalahkan Swansea City 3-1,
Chelsea tewaskan Wolves 4-3.
Manakala juara bertahan, Newcastle tundukkan Tottenham 2-0.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi