← Back to list
Kelayakan Liga Juara-Juara Asia: Perak singkir Kitchee.
Feb 13, 2019

Perak singkir kelab Hong Kong, Kitchee SC pada pertemuan pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Asia.
Pada aksi di stadium Perak malam tadi, The Bos Gaurus terlebih dulu ledakkan gol pada minit ke 14 menerusi Wander Luiz.
Kitchee yang bermain dengan 10 orang pada babak kedua akibat seorang pemainnya dibuang padang, berjaya bangkit samakan kedudukan pada minit ke-86.

Foto: AFC
Perlawanan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti selepas keputusan 1 sama kekal sehingga tamat masa tambahan.
Penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul Hakim muncul wira apabila menafikan dua sepakan penalti Kitchee untuk catat kemenangan 6-5 sekaligus layak ke pusingan ketiga kelayakan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi