← Back to list
Piala Asia 2019: Korea Utara lawan Malaysia akan diadakan di venue berkecuali
Oct 20, 2017
Selepas tiga kali tertangguh, aksi kelayakan bola sepak Piala Asia 2019, Korea Utara lawan Malaysia akan diadakan di venue berkecuali.
Konfederasi Bola Sepak Asia berkata, kedua-dua belah pihak bersetuju dengan perjanjian itu demi menjaga kepentingan perlawanan tersebut.
Menurut AFC, kedua-dua perlawanan di venue berkecuali itu akan diadakan pada 10 dan 13 November ini.
Perlawanan yang dijadualkan pada 28 Mac lalu itu ditangguhkan ekoran ketegangan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pyongyang susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam di klia2, Februari lepas.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi