← Back to list
Sukan SEA : Fergus Tierney Tidak Sertai Skuad Negara
Dec 03, 2025
Sukan SEA : Fergus Tierney Tidak Sertai Skuad Negara
Skuad bawah 23 tahun negara bakal beraksi pada Sukan SEA Thailand tanpa khidmat Fergus Tierney .
Ini kerana pengurus Besar pasukan Sabah beritahu BH Sukan, khidmat penyerang itu diperlukan oleh skuad Badak untuk hadapi aksi final Piala FA menentang JDT pada 14 Disember nanti.
Malaysia dijadual berdepan Laos dan Vietnam dalam aksi kumpulan B pada temasyak Sukan SEA kali ini.
Dalam perkembangan lain, Shereen Samson Vallabouy terlepas peluang untuk pertahankan pingat emas dalam acara larian 400 meter yang dimenanginya pada Sukan SEA Kemboja, 2 tahun lalu.
Ini kerana pelari wanita negara itu terpaksa tarik diri daripada Sukan SEA Thailand ekoran masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring.
Untuk rekod, Ketua Kontinjen Malaysia, Nurul Huda Abdullah letak sasaran 200 pingat untuk dimenangi atlet negara pada Sukan SEA kali ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi