← Back to list
Sukan SEA : MSN Tanggung Kos Tambahan Perpindahan Venue
Dec 02, 2025
Sukan SEA : MSN Tanggung Kos Tambahan Perpindahan Venue
Majlis Sukan Negara bersetuju tanggung semua kos tambahan perpindahan kontinjen Malaysia pada Sukan SEA Thaliand dengan jumlah kos lebih setengah juta ringgit.
Perpindahan venue itu melibatkan Songkhla ke Bangkok dan Chonburi susulan banjir yang melanda selatan Thailand.
Tambah MSN, langkah itu bagi memastikan atlet dan pegawai sukan tidak terjejas fokus dan persiapan mereka selepas lokasi pertandingan berubah pada saat akhir akibat banjir.
Sukan SEA : Badminton buru pingat emas
Skuad badminton negara diharap mampu hadirkan kilauan pingat emas pada Sukan SEA Thailand yang akan buka tirainya minggu depan.
Namun, pengurus pasukan badminton Sukan SEA, Aamar Hashim enggan dedahkan sasaran pingat bagi elak tekanan buat atlet.
Untuk rekod, tiada pingat emas berjaya diraih skuad badminton negara pada edisi lalu di Kemboja.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan Caltex dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi