← Back to list
Bunga api dibenar untuk dijual musim perayaan ini
Apr 29, 2021

Polis benarkan penjualan bunga api bagi musim perayaan Aidilfitri ini.
Ini selepas Kementerian Dalam Negeri memberi kelulusan bagi mengimport, menyimpan dan berniaga secara jualan umum sempena musim perayaan.
Namun, peniaga mesti patuhi SOP antaranya termasuk memaparkan lesen perniagaan dan tempoh jualan hendaklah tidak melebihi 30 hari.

Dalam perkembangan lain, polis berpendapat peningkatan kes kemalangan jalan raya berpunca daripada jumlah kenderaan yang banyak ekoran ramai yang telah kembali bekerja di pejabat.
Secara purata 180 kes dicatatkan pada hari bekerja manakala 80 kes direkodkan pada hujung minggu sejak 1 April, jauh lebih tinggi berbanding hanya 50 hingga 70 kes sehari ketika ramai individu bekerja dari rumah.
             
            
              Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
              
              
                
                  
Isnin - Khamis
                
                
                7:00am, 8:00am, 9:00am
                  12:00pm, 6:00pm
                
                
                  
Jumaat - Sabtu
                
                
                10:00am
                  12:00pm, 1:00pm
                
                
                  
Ahad
                
                
                7:00am. 8:00am, 11:00am
                  1:00pm
               
               
              
              Cuaca