← Back to list
Sarawak Masuk Fasa Dua PPN Esok.
Jul 13, 2021

Sarawak akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara, PPN bermula esok.
Timbalan Perdana Menteri berkata ia berdasarkan pencapaian nilai ambang 3 indikator utama yang ditetapkan.
Sarawak bakal sertai Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah yang sudah memasuki fasa 2 PPN.
Dakwaan ada suntikan vaksin Covid-19 lepasi tarikh luput tidak benar.
Dakwaan kononnya terdapat suntikan vaksin Covid-19 yang diberikan sudah melepasi tarikh luput adalah tidak benar.
Jelas Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, siasatan awal mendapati, tarikh luput vaksin dos kedua yang tertera di aplikasi MySejahtera individu terbabit sebenarnya tarikh luput vaksin dos pertama yang telah diterima.
Tambah Khairy Jamaluddin, kesilapan merekodkan data menyebabkan perkara itu berlaku dan tarikh luput vaksin sebenar akan dikemas kini ke dalam MySejahtera individu terbabit.
PPV IDCC Shah Alam ditutup hari ini
Pusat Pemberian Vaksin IDCC Shah Alam ditutup hari ini susulan terdapat kes positif COVID-19 babitkan petugas di pusat berkenaan.
Badan Bertindak Imunisasi COVID-19, berkata ia bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca