Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

Perdana Menteri Akan Umum Berita Baik Berkenaan Penerima Vaksin.

Jul 25, 2021


perdana menteri akan umum berita baik berkenaan penerima vaksin.

Individu yang telah melengkapkan 2 dos suntikan vaksin COVID-19 dijangka menerima berita baik tidak lama lagi.

Perdana Menteri berkata beliau akan mengumumkan kelonggaran SOP, khusus bagi mereka dalam beberapa hari lagi.

Ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia akan diumumkan sebagai satu pakej penuh termasuk aspek sosial, sukan dan aktiviti makan di restoran.

Ia antaranya berkaitan pergerakan dalam negara terutama melibatkan suami dan isteri yang tinggal berjauhan.

 

Lapor Jika Syak

Bukit Aman menasihati penerima vaksin buat laporan polis jika syak diberi suntikan picagari kosong.

Ia bagi membolehkan PDRM membuka kertas siasatan untuk menjalankan siasatan lanjut.

Setakat ini polis menerima 13 laporan sedemikian di seluruh negara.

 

Lagi Viral Tak Sahih

Setakat ini hanya sijil digital vaksinasi dalam MySejahtera yang diiktiraf kerajaan.

Ini selepas kerajaan menafikan penggunaan kad fizikal bercetak bagi individu yang lengkap suntikan vaksin COVID-19 dijual di pasaran, yang sedang viral.

Kad itu tidak diiktiraf kerajaan atau diterima sebagai bukti telah melengkapkan dos suntikan vaksin buat masa ini.

 

Terengganu Tertinggi

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan peningkatan.

Semalam ia meningkat kepada 1.11 berbanding 1.09 kelmarin - 11 negeri mencatatkan angka melebihi purata kebangsaan.

Terengganu merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.36, diikuti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah.

 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca