← Back to list
KKM Tidak Keluarkan Kad Vaksinasi.
Jul 28, 2021

Dakwaan kononnya Kementerian Kesihatan mengeluarkan kad vaksinasi adalah palsu!
Jelas KKM, kad vaksinasi dan kod QR yang digunakan dalam sidang media pada Mac lalu hanyalah sampel untuk ditunjukkan kepada petugas media.
KKM juga tidak buat sebarang perolehan kepada mana-mana pihak atau syarikat berhubung pengeluaran kad vaksinasi itu.
Buat masa ini sijil digital vaksinasi untuk individu yang telah lengkap 2 dos vaksin hanya boleh diakses menerusi aplikasi MySejahtera.
Tiada tindakan disiplin diambil terhadap doktor sertai protes aman.
Menteri Kesihatan beri jaminan, tiada sebarang tindakan disiplin akan diambil terhadap doktor yang terlibat dalam protes aman, Isnin lalu.
Keputusan itu disokong beberapa Ahli Parlimen termasuk pembangkang di Dewan Rakyat semalam.
Mereka juga minta isu dan permintaan doktor kontrak diselesaikan segera.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan mencadangkan agar jawatankuasa khas dibentuk bagi menyelesaikan isu berkaitan doktor kontrak.
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia termasuklah usaha membantu doktor kontrak dalam KKM diberikan jawatan tetap.
Aktiviti rentas negeri cetuskan 3 kluster baru Covid-19.
Kluster Kampung Hutan Puteh di Kelantan, Kluster Kampung Anak Ikan di Terengganu dan Kluster Paya Keladan di Pahang kini telah merekodkan 68 kes positif.
Semalam, 42 kluster baru dikesan di seluruh negara - angka paling tinggi pernah direkodkan dalam sehari.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca