← Back to list
Perlis, Sarawak dan Labuan Beralih Ke Fasa 3 PPN Esok.
Aug 03, 2021

Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara, PPN akan dilaksanakan di Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, mulai esok.
Antara kelonggaran yang akan diberikan di bawah Fasa 3 adalah pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan kebenaran rentas daerah.
Pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan.
Kemudahan bagi individu lengkap vaksinasi perlu diperhalusi.
Kemudahan buat individu yang sudah terima vaksinasi lengkap perlu diperhalusi dengan berhati-hati.
Menurut Perdana Menteri, ia bagi memastikan usaha pemulihan ekonomi dan kualiti hidup rakyat dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Kemudahan itu katanya akan diumumkan dalam masa terdekat dan diharapkan dapat memanfaatkan sebaiknya individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.
5 kluster ziarah perayaan dikesan.
11 kluster baru Covid-19 melibatkan jangkitan komuniti dikesan di negara ini.
5 daripadanya berpunca daripada aktiviti ziarah ketika perayaan yang kini sudah menjangkiti hampir 100 individu.
3 kluster ziarah perayaan itu dikesan di Kelantan dan masing-masing satu di Johor dan Kedah.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca