← Back to list
PRN Melaka : 24 Pusat Pengundian Awal Dibuka Selasa Depan.
Nov 12, 2021

PRN Melaka : 24 Pusat Pengundian Awal Dibuka Selasa Depan.
24 Pusat Pengundian Awal bagi PRN Melaka akan dibuka Selasa depan.
Menurut SPR, proses pengundian awal bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang di balai polis setiap DUN dan di kem tentera.
Pengundi diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi dan menyebarkannya di media sosial.
Vaksinasi kanak-kanak bawah 12 tahun bermula tahun depan.
Proses vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun akan bermula tahun depan.
Menurut Kementerian Kesihatan, buat masa ini, hanya vaksin Pfizer yang tersedia bagi kegunaan kanak-kanak.
KKM sedang menunggu kelulusan regulatori daripada Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.
Seorang pelajar universiti positif Covid-19.
Seorang pelajar universiti di Melaka disahkan positif Covid-19 selepas menghadiri program kepimpinan minggu lalu.
Jabatan Kesihatan Negeri berkata 8 pelajar lain alami gejala jangkitan pada saluran pernafasan atas seperti batuk dan selsema.
Susulan itu, beberapa kolej kediaman pelajar kini ditutup sementara.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca