← Back to list
Tak Wajib Pakai Pelitup Muka Di Sekolah
Apr 28, 2023

Tak Wajib Pakai Pelitup Muka Di Sekolah.
Pelajar sekolah tidak diwajibkan memakai pelitup muka, apabila sesi persekolahan kembali dibuka minggu depan.
Menteri Kesihatan berkata sebaliknya mereka hanya menggalakkan pemakaian pelitup muka terutamanya di tempat sempit, sesak atau tertutup susulan peningkatan kes Covid-19.
Namun Dr Zaliha Mustafa menambah, beliau akan berjumpa dengan Menteri Pendidikan dalam masa terdekat berhubung garis panduan mengenainya.
Kes kematian kanak-kanak akibat strok haba masih disiasat.
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan masih menyiasat punca kematian 2 kanak-kanak di negeri itu yang dipercayai akibat strok haba.
Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Bachok dan seorang bayi perempuan berusia setahun setengah di Kota Bharu dilapor meninggal dunia akibat strok haba.
Kelantan antara negeri yang status cuaca panasnya berada pada tahap berjaga-jaga iaitu suhu boleh cecah hingga 37 darjah celsius beberapa hari lalu.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca