← Back to list
Kerajaan setuju laksana pelarasan gaji penjawat awam.
Sep 04, 2023

Kerajaan setuju laksana pelarasan gaji penjawat awam.
Kerajaan setuju laksana pelarasan gaji penjawat awam termasuk pensyarah melalui Belanjawan 2024 yang akan dibentang bulan depan.
Ujar Perdana Menteri, ia sebagai langkah sementara sehingga kajian menyeluruh berhubung skim gaji dan persaraan penjawat awam selesai dilakukan.
Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, kajian skim gaji dan persaraan penjawat awam dijangka selesai tahun depan.
Penjaja diminta daftar segera dengan SSM.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup minta penjaja daftar segera dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM.
Jelas KPDN, ia bagi membolehkan mereka tetap terima manfaat barangan seperti minyak masak paket, apabila subsidi bersasar dilaksanakan kelak.
Menurutnya, ketika ini terdapat kira-kira sejuta penjaja di negara ini yang kebanyakannya belum berdaftar dengan SSM.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca