← Back to list
Pelan Kebangsaan Pemerkasaan Ekonomi Belia Bakal Dilancarkan.
Sep 12, 2023
 
 Pelan
Pelan 
Kebangsaan Pemerkasaan Ekonomi Belia Bakal Dilancarkan.
Kerajaan bakal lancar Pelan Kebangsaan Pemerkasaan Ekonomi Belia bagi meningkatkan  kebolehpasaran golongan itu.
Ujar Perdana Menteri, ia khasnya melibatkan belia menganggur dan terlibat sektor pekerjaan tidak formal.
Maklumat mengenai pencari kerja dalam kalangan OKU pula akan disepadukan dalam portal MyFutureJobs dan SOP pengambilan OKU dalam perkhidmatan awam akan ditambah baik.
Kerajaan turut sasar 50,000 belia dapat pekerjaan berkemahiran menerusi Sijil Kemahiran Malaysia menjelang tamat tempoh RMK12.
Selain itu, pembangunan Sabah dan Sarawak diberi tumpuan antaranya menaik taraf sistem bekalan elektrik dan pembinaan semula sekolah-sekolah daif.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika membentangkan usul Kajian Separuh Penggal RMK12 untuk tempoh 2021-2025 di Dewan Rakyat semalam.
 
Banduan boleh mohon semakan hukuman mulai hari ini.
Kira-kira 1,000 banduan yang dikenakan hukuman mati mandatori dan hukuman penjara sepanjang hayat boleh mohon untuk semakan hukuman.
Menurut Jabatan Perdana Menteri, ia susulan Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan  Sepanjang Hayat 2023 yang dikuatkuasakan mulai hari ini.
 
             
            
              Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
              
              
                
                  
Isnin - Khamis
                
                
                7:00am, 8:00am, 9:00am
                  12:00pm, 6:00pm
                
                
                  
Jumaat - Sabtu
                
                
                10:00am
                  12:00pm, 1:00pm
                
                
                  
Ahad
                
                
                7:00am. 8:00am, 11:00am
                  1:00pm
               
               
              
              Cuaca