Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

IDN Masih di Peringkat Permulaan

Dec 04, 2023


Pelaksanaan Identiti Digital Nasional masih di peringkat permulaan, dengan proses pendaftaran dijangka akan lebih rancak Mac depan.  

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata selain memudahkan rakyat Malaysia, sistem itu juga dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan.  

Tambah beliau, tidak seperti negara-negara lain, IDN di Malaysia tidak akan merakam cap jari atau iris, sekaligus menjamin keselamatan data pengguna. 

---   

Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat.  

Menurut laporan, angkanya naik mencecah 4,600 dan mangsa berlindung di 13 PPS di Pasir Mas dan Tanah Merah.  

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan pihaknya sudah bersiap sedia bagi hadapi bencana alam berkenaan.  

Ia khasnya jika berlaku banjir buruk dalam tempoh peperiksaan SPM yang akan bermula esok.   

Pihaknya juga jamin tiada murid akan hadapi masalah untuk menduduki peperiksaan utama berkenaan kerana banjir.  

---  

Lebih 3,600 kes COVID-19 dilaporkan pada minggu yang berakhir 25 November lalu, naik 57 peratus berbanding minggu sebelumnya.   

Menurut Kementerian Kesihatan, majoriti kes iaitu 48 peratus melibatkan mereka yang berumur antara 20 hingga 40 tahun dan lebih 98 peratus hanya bergejala ringan.  

Dalam perkembangan berkaitan, KKM memaklumkan rakaman suara yang mendakwa katil wad hospital penuh manakala kes kematian di luar hospital meningkat adalah rakaman lama yang pernah tular pada 2021. 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us