← Back to list
Krismas & Tahun Baru: Polis Trafik Bertugas di Lokasi Panas
Dec 22, 2023
Anggota polis trafik akan ditugaskan di kawasan-kawasan kerap berlaku nahas dan kesesakan sempena sambutan Krismas dan Tahun Baru minggu depan. 
Menurut PDRM, ia bertujuan memastikan kelancaran aliran trafik yang dijangka bertambah susulan perayaan dan cuti umum. 
Pengendali Lebuhraya KL-Karak dan LPT jangka hampir sejuta kenderaan guna 2 lebuh raya itu mulai esok hingga Selasa, naik 70 peratus berbanding hari biasa.  
---  
Kementerian Pendidikan mendapati ada murid di sekolah yang laksana Program Dwibahasa, DLP tidak capai tahap penguasaan asas bahasa Melayu dan bahasa ibunda. 
Justeru KPM tegaskan sekolah yang melaksanakan DLP wajib memastikan semua kriteria dipenuhi termasuk penguasaan bahasa Melayu. 
--- 
Ibu seorang bayi yang maut selepas tertinggal dalam kereta akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.  
Kejadian itu berlaku pada 9 November lalu di Ara Damansara dan menurut laporan mangsa  ditinggalkan lebih 7 jam dalam kenderaan tersebut. 
--- 
SPRM sahkan telah sita Bangunan Menara Ilham, yang dimiliki oleh keluarga bekas seorang menteri kanan.  
Suruhanjaya itu juga beritahu Astro Awani, pihaknya masih dalam proses siasatan termasuk berkaitan harta milik bekas menteri berkenaan.  
---  
Jabatan Agama Islam Perak sahkan sebuah restoran di Teluk Intan yang tular baru-baru ini memang tidak mempunyai sijil halal.  
--- 
Pihak berkuasa tahan lebih 1,000 pendatang asing tanpa izin dalam operasi bersepadu di ‘Mini Dhaka’ di Jalan Silang, KL. 
---  
Dan, hanya Kelantan masih merekodkan mangsa banjir iaitu kira-kira 2,100 orang melibatkan jajahan Pasir Mas. 
             
            
              Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
              
              
                
                  
Isnin - Khamis
                
                
                7:00am, 8:00am, 9:00am
                  12:00pm, 6:00pm
                
                
                  
Jumaat - Sabtu
                
                
                10:00am
                  12:00pm, 1:00pm
                
                
                  
Ahad
                
                
                7:00am. 8:00am, 11:00am
                  1:00pm
               
               
              
              Cuaca