Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

Jangkitan Covid-19 Dalam Kalangan Mangsa Banjir Terkawal

Dec 31, 2023


Kes Jangkitan Covid-19 Dalam Kalangan Mangsa Banjir Terkawal

Kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir yang berlindung di PPS di Kelantan terkawal.

Menurut Menteri Kesihatan, kebanyakan mereka yang dijangkiti hanya berada di tahap 1 atau 2 selain ada antara mangsa yang tidak bergejala.

Jelas Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, kakitangan KKM juga mencukupi untuk mengendalikan mangsa yang dijangkiti Covid-19 susulan jumlah kes masih dalam skala kecil.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di seluruh negara turun kepada bawah 7,000 orang.

Kelantan merekodkan lebih 6,000 mangsa manakala selebihnya melibatkan Pahang dan Johor.

Kesemua penduduk yang berlindung di PPS di Terengganu pula sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

 

DBKL diarah pantau kegiatan ulat tiket

Menteri Wilayah Persekutuan mengarahkan DBKL agar tingkatkan pemantauan di sekitar KL bagi tangani aktiviti ulat parkir susulan banyak aduan yang diterimanya sejak kebelakangan ini.

Terdahulu, satu video viral di media sosial papar kesan calar pada kereta dipercayai dilakukan oleh ulat parkir kerana pemilik kereta itu enggan membayar caj parkir.

 

MYAirline menasihati orang ramai berhati-hati dengan taktik scammer

MYAirline menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan scammer.

Syarikat penerbangan tambang murah itu berkata ada individu menyamar sebagai wakil pihaknya telah menghubungi pelanggan yang masih menunggu bayaran balik tempahan tiket penerbangan mereka.


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca