← Back to list
Malaysia sokong Afrika Selatan Heret Israel ke ICJ
Jan 17, 2024
Kerajaan belum bincang cadangan RUU penggal tetap Parlimen, bertujuan agar pembentukan 
sesebuah kerajaan kekal sehingga akhir penggal atau sebelum PRU.
Ujar Perdana Menteri, perkara itu masih terlalu awal dan ia perlu pandangan pelbagai pihak termasuk 
Peguam Negara.
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tegaskan, fokus kerajaan kini adalah untuk banteras rasuah dan 
salah guna kuasa termasuk dalam kalangan ahli politik dan VIP.
---
Malaysia sekali lagi ulang sokongan penuh kepada Afrika Selatan yang heret Israel ke 
Mahkamah Keadilan Antarabangsa, ICJ atas pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin. 
Ujar Perdana Menteri, gelombang penentangan terhadap Israel ketika ini adalah yang terbesar 
sejak demonstrasi mega menentang Perang Vietnam serta pencerobohan ke atas Iraq dan 
Afghanistan. 
Namun Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal kerana majoriti pemimpin negara Barat belum ambil pendirian berani dan tegas untuk menyokong Palestin.
             
            
              Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
              
              
                
                  
Isnin - Khamis
                
                
                7:00am, 8:00am, 9:00am
                  12:00pm, 6:00pm
                
                
                  
Jumaat - Sabtu
                
                
                10:00am
                  12:00pm, 1:00pm
                
                
                  
Ahad
                
                
                7:00am. 8:00am, 11:00am
                  1:00pm
               
               
              
              Cuaca