← Back to list
Borang PADU Manual Untuk Penduduk Desa 
Jan 22, 2024
Kerajaan akan mengeluarkan borang bagi bantu masyarakat luar bandar dan desa mendaftar dalam sistem PADU secara manual. 
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah memaklumkan, ia akan digerakkan oleh KEMAS dan ketua-ketua kampung.  
Pendaftaran PADU dibuka kepada orang ramai hingga 31 Mac ini.  
Kerajaan sasar PADU menjadi sumber utama pengagihan subsidi dan penyaluran bantuan secara bersasar. 
--- 
Orang ramai diminta waspada jika ada kenalan menghubungi mereka melalui aplikasi media sosial untuk pinjaman duit bagi elak ditipu!  
Menurut Bukit Aman, sepanjang tahun lalu pihaknya terima lebih 490 laporan kes tersebut mengakibatkan kerugian RM2.5 juta. 
Pemilik sebenar akaun biasanya hanya menyedarinya apabila dapat panggilan daripada kenalan berkaitan kesahihan pinjaman wang yang ingin dibuat. 
Justeru PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya mesej pinjaman wang dan buat semakan dengan menghubungi kenalan terlibat bagi pengesahan. 
--- 
Keputusan ujian DNA ke atas rangka manusia yang ditemui di sebuah rumah terbiar di Batu Pahat, Jumaat lalu dijangka diperoleh minggu ini.  
Menurut polis Johor ia bagi merungkai misteri kehilangan ibu tunggal digelar Bella sejak 14 Disember lalu. 
             
            
              Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
              
              
                
                  
Isnin - Khamis
                
                
                7:00am, 8:00am, 9:00am
                  12:00pm, 6:00pm
                
                
                  
Jumaat - Sabtu
                
                
                10:00am
                  12:00pm, 1:00pm
                
                
                  
Ahad
                
                
                7:00am. 8:00am, 11:00am
                  1:00pm
               
               
              
              Cuaca